Wednesday, April 25, 2012

Gerakan Kaki


Kemahiran gerakan kaki juga selalu dikaitkan dengan kemahiran lain. Gerakan
kaki di sini bermakna apabila seseorang pemain itu telah menerima bola, dia
melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaring bola. Pemain-
pemain yang dapat menguasai kemahiran ini akan mempunyai kelebihan di
mana mereka dengan mudah dapat mengelakkan diri daripada dikawal oleh
pemain lain sama ada semasa membuat hantaran, menerima bola ataupun
membuat jaringan.


Terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh pemain setelah menerima bola
sama ada daripada hantaran rakannya atau hasil daripada hantaran pemain
lawan. Pertama, mendarat dengan menggunakan sebelah kaki dan kedua,
mendarat menggunakan kedua belah kaki.



Mendarat Atas Dua Belah Kaki


Selepas menerima bola, pemain boleh;


a)Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki serta
membaling bola.
b)Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara serentak dan
kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut tetapi bola
mestilah dibaling kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat
semula.
c)Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki
sebagai paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki
yang satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain. Ini
bertujuan untuk membolehkan pemain yang sedang memegang bola
mencari dan memerhatikan kepada siapa seterusnya bola akan dihantar.




Mendarat Atas Sebelah Kaki


a)Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti
dengan kaki kiri. 
b)Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah
melontarkan bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai
semula.
c)Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki,
melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat
semula sebelum melepaskan bola. Ini akan memberinya peluang untuk
mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan
kepada lontaran bola yang seterusnya.