Monday, April 23, 2012

Faktor Keselamatan

 FAKTOR  KESELAMATAN
Melakukan aktiviti memanaskan badan.    
Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah:
                       •          meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk 
                                   meningkatkan prestasi)
                       •          meransang aktiviti sistem saraf 
                                   pusat (meningkatkan 
                                   fungsi transmisi saraf
                                    -kontraksi otot menjadi lebih efisyen);
                         •          mengurangkan masa reaksi ;
                         •          meningkatkan koordinasi;
                         •          mengurangkan risiko kecederaan; dan
                         •          meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi.
Aktiviti gerak kendur
i.Selepas aktiviti intensiti tinggi (latihan/pertandingan) terdapat jumlah darah
yang banyak  menuju ke jantung.
ii. Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan
pengumpulan darah di vena pada kaki dan tangan.   Ianya juga boleh
mengganggu peredaran darah ke jantung, otak dan otot.
iii. Pergerakan perlahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti aerobik intensiti
 rendah) boleh membantu menggalakkan peredaran darah – elak pening/
pengsan.   Ini diikuti dengan senaman regangan (regangan statik).
iv. Masa ini paling baik untuk senaman regangan kerana:
                         •          kebolehan otot memanjang secara maksimum; dan
                         •          dapat membantu mengurangkan pengumpulan asid laktik

Faktor keselamatan tahap murid

i.Tahap keupayaan murid
Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan 
keupayaan murid.

ii. Bilangan murid:
Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini
supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan
yang bersesuaian.

iii. Langkah-Langkah Keselamatan:
Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah:
•           Tahap kesihatan murid;
•           Memanaskan badan sebelum aktiviti dan gerak kendur dilakukan selepas
             aktiviti;
•           Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti; dan
•           Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan
            selamat.

iv. Tempat Latihan:
Ruang latihan yang sesuai dan selamat.
 
v. Kemudahan peralatan:
Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan semasa
aktiviti; contoh : bola dan bip pasukan.

vi. Masa latihan:
Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut:
•           Sekolah Rendah = 60 minit/minggu
•           Sekolah Menengah           = 90 minit/minggu




                                                    

No comments:

Post a Comment