Wednesday, April 25, 2012

Teknik Hantaran Bola Jaring


 Hantaran Aras Bahu 

Hantaran ini sering dilakukan kerana bola hantaran paras bahu ini dapat
dilontar dengan lebih jauh dan tinggi. Bola yang dihantar dengan cara ini sukar
untuk dipintas atau direbut dengan mudah oleh pihak lawan. Hantaran ini, jika
dilakukan dengan teknik yang betul, akan menjadi lebih kuat, cepat dan tepat.
Hantaran begini boleh dibuat ke hadapan penerima. Perhatikan teknik-teknik
hantaran yang betul sebelum anda mahir dalam permainan ini.

Teknik hantaran pada aras bahu

(a)Pegang bola di atas tapak tangan kanan
(b)Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai paksi
kepada pergerakan kaki kanan.
(c) Berat badan berada di atas kaki kanan
(d)Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan
(e) Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat
hantaran
(f)Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau “flick”
(g) Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar
(h)Bagi hantaran jarak jauh, gunakan pergerakan “whip” pergelangan tangan
dan jari
Teknik Aras Bahu
  

Hantaran Aras Dada

Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang
tidak begitu jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan
memerlukan tindakan segera.


Teknik hantaran aras dada

a)Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola.
b)Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan
dibengkokkan dan siku juga hendaklah dalam kedudukan seimbang
c)Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan kaki kiri ke
hadapan.
d)Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran.
e)Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke
hadapan serentak dengan kekuatan lontaran bola.



Teknik Aras Dada

Hantaran Sisi / Bawah Bahu

Hantaran ini boleh dibuat rendah ke bawah jika penghalang meluruskan
tangannya ke hadapan untuk menghalang. Hantaran ini boleh dibuat dengan
menggunakan satu atau dua tangan. Cara hantaran hampir sama dengan cara
melontar bola baling. Bagaimanapun hantaran ini jarang digunakan kerana
kurang tepat dan kadang-kadang sukar menerimanya.

Teknik hantaran sisi / bawah bahu

a)Teknik yang sama seperti melakukan hantaran atas bahu
b)Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada paras
pinggang
c)Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan
berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan
Teknik Hantaran Sisi

Hantaran Atas Kepala (Lob)

Hantaran ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang dilakukan dalam
sukan bola sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak longgar dalam
lontaran bola jaring. Hantaran ini digunakan apabila pemain yang terlibat
dihadang atau dihalang oleh pemain lawan. Untuk membuat hantaran lob,
pemain yang ingin membuat hantaran perlulah melontarkan bola setinggi yang
boleh ke arah ahli pasukannya yang lain.

Teknik hantaran bola lob

A) Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil
siku tangan dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang dan pada aras
bahu.
b) Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan
mengayunkan tangan ke hadapan sambil siku diluruskan.
c)Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan masih di atas
kepala.
d)Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu
daripadanya berada di hadapan mengikut keselesaan pemain.
Teknik Hantaran Lob

Hantaran Lantun Bola

Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di
satu-satu kawasan gelanggang, terutamanya apabila hampir dengan kawasan
jaringan. Hantaran ini rendah sahaja dan dilakukan apabila pemain lawan lebih
tinggi daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran. Hantaran
lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan tetapi selalunya dengan
menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih stabil, cepat
dan tepat.

Teknik hantaran lantun Bola

a)Kedua belah tangan memegang bola pada aras dada
b)Pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai agar
bola dilantun semula dan dapat disambut oleh ahli pasukannya.
c)Apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti hantaran
bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara
membengkokkan sedikit lutut. Tujuannya adalah untuk menghantar bola
ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan.

Teknik Lantun Bola






No comments:

Post a Comment