Thursday, April 19, 2012

PERATURAN DAN UNDANG - UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING


Pasukan / penukaran pemain
1.Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai 7 orang pemain sebelum perlawanan dimulakan. Jika didapati pemain suatu pasukan itu kurang. Maka pasukan tersebut dikira kalah.  2.Bila seorang pemain mengalami kecederaan dan tidak  menyambung permainan,permainan boleh dihentikan dua minit untuk menentukan samada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau tidak. Keputusan akan dibuat oleh pegawai yang terlibat. Namun hanya dua pegawai dibenarkan ke gelanggang pada masa itu.3.Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.4.Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu. Pemain hanya boleh diganti selepas permainan dihentikan kerana kecederaan dan selepas waktu rehat separuh masa.5.Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal berada di gelanggang selepas lima minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnyadimulakan, maka kemenangan percuma akan diberikaan  kepada pasukan lawandengan mata 15 - 0.6.Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan, pertandingan ini juga tertakluk kepada Undang-Undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (International Federal of Netball-IFNA)7.Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA perlulah dipatuhi.8.Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-undang permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dari aspek teknikal.9.Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana peraturan jika difikirkan perlu.

Penentuan kemenanganSetiap kemenangan akan diberi dua (2) mata, seri satu (1) mata, dan kalah (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah di bawah digunakan untuk menentukan pemenang:  i. Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.ii. Sekiranya masih seri, pasukan yang paling kurang ‘bolos’ dikira pemenangiii. Sekiranya masih seri juga, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat awal akan dikira sebagai pemenang.
Pakaian:1.Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah seragam iaitumempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang pertandingan ini.2.Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track/tight panjang.3.Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua set 'bibs' yang berlainan warna.Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai 'bibs' yang sama maka pasukan yangdisebutkan lebih awal hendaklah menukar 'bibs' mereka.
PENGADIL PERTANDINGAN Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil-pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan.Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktamad.
BANTAHAN Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan  yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.



                                                      

No comments:

Post a Comment